Sukan Hari Ini

Messi Hanya Manusia Biasa

SERGIO Aguero berharap peminat tidak terus mempersalahkan Lionel Messi susulan kegagalan rakan sepasukannya itu menyempurnakan sepakan penalti sehingga menyebabkan mereka hanya berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Iceland dalam aksi Kumpulan D, semalam.

Pada perlawanan pertama itu, Argentina berpeluang meraih kemenangan selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-64 ekoran pertahanan Iceland Hordur Bjorgvin Magnusson menjatuhkan Aguero, namun tendangan yang diambil Messi dapat dibaca penjaga gol Hannes Por Halldorsson.

Walaupun kecewa namun Aguero tampil mempertahankan bintang Barcelona itu dan menganggap Messi hanyalah seorang manusia biasa.

“Hari ini kami harus bersamanya dan kita semua tahu dia boleh menentukan keputusan dalam sesebuah perlawanan pada bila-bila masa sahaja.

“Perlawanan pertama ternyata sukar tetapi kami mahu menundukkan kesemua pasukan.

Saya berharap aksi berdepan Croatia akan menjadi lebih baik,” katanya lapor Sinar Harian.

Aguero membuka tirai jaringan buat juara dunia dua kali itu seawal minit ke-19 tetapi kelebihan itu berjaya dipadam Iceland apabila Alfred Finnbogason berjaya meledak gol penyamaan empat minit kemudian.

Keputusan itu dianggap memalukan buat Argentina dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan mereka yang diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan bagi menjuarai Piala Dunia sejak kali terakhir melakukannya pada 1986.

“Saya tahu ia bukan satu perasaan yang bagus. Tapi kami telah mencuba segalanya dan ia gagal. Kami akan cuba bangkit pada perlawanan kedua nanti,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");