Sukan Hari Ini

Messi Mahu Griezmann Sertai Barcelona

LIONEL Messi berharap dapat bergandingan bersama Antoine Griezmann di Barcelona selepas melabel bintang Atletico Madrid sebagai pemain yang berkualiti.

Griezmann dikaitkan dengan perpindahan ke Barca dan juara LaLiga mendedahkan berminat mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Perancis itu, yang menyatakan akan memberitahu masa depannya sebelum Piala Dunia bermula.

Pemain berusia 27 tahun itu – pemenang Liga Europa bersama Atletico bagi musim 2017-18 selepas menjaringkan 29 gol dalam semua kejohanan, memiliki klausa perpindahan bernilai EURO100 juta (RM468 juta).

Pemenang Ballon d’Or lima kali, Messi, yang turut membuat persiapan ke Russia bagi saingan Piala Dunia, mahu pemain yang berkualiti menyertai Barcelona.

“Dia seorang pemain yang berkualiti dan kami saling memahami,” kata Messi, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Griezmann berada pada tahap yang sangat cemerlang dalam kariernya.

“Ia masih belum 100 peratus, tetapi lebih banyak kualiti yang kami miliki, lebih bagus.

“Kami mahu menjadi pasukan terbaik dunia dan mahu mendapatkan pemain terbaik dunia.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");