Berita Hari Ini

Monopoli Ubat: Kami Akan Tangani Ketirisan Jika Terbukti – Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR: Segala bentuk ketirisan dan salah laku di bawah Kementerian Kesihatan, termasuk dalam hal berkaitan perbekalan ubat-ubatan, akan ditangani sepenuhnya jika terbukti bersalah.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan demikian dalam catatan di akaun Twitter beliau pagi ini, mengulas laporan yang mendakwa sebuah syarikat memiliki monopoli ke atas bekalan ubat-ubatan di negara ini.

“Kami akan pastikan proses rantaian bekalan adalah cekap, bertanggungjawab, telus.

“Aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperbaiki apa sahaja kelemahan sedia ada, serta menangani sebarang bentuk pembaziran,” katanya lapor Astro Awani.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, dari PKR, menulis di Twitternya, meminta Dr Dzulkefly memecahkan sebarang monopoli ubat-ubatan oleh syarikat yang dimiliki ahli politik dari pentadbiran sebelum ini.

Pada Rabu, sebuah portal membuat pendedahan mendakwa syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik yang rapat dengan kerajaan dulu mengawal bekalan ubat bernilai berbilion ringgit.

Menurut laporan yang memetik sumber itu, monopoli yang dimiliki syarikat itu mungkin menjadi punca peningkatan kos ubat-ubatan yang dibekalkan ke hospital dan klinik kerajaan seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");