Berita Hari Ini

Najib Letak Jawatan Pengerusi Khazanah

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mengumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah sayap pelaburan kerajaan itu berkuat kuasa malam tadi.

Khazanah dalam satu kenyataan pada Khamis, turut meletak jawatan sebagai Pengarahnya ialah Datuk Seri Johari Ghani dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, masing-masing berkuatkuasa 30 dan 23 Mei 2018.

Memetik laporan BH Online, difahamkan, peletakan jawatan itu susulan daripada pertukaran kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 .

Khazanah adalah sayap pelaburan strategik kerajaan yang diamanahkan untuk memegang dan menguruskan aset komersial kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik.

Ia terbabit dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, pelancongan, hartanah, kreatif dan media, pendidikan serta inovasi dan teknologi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");