Membawang Hari Ini

Nak Marah, Marah Saya Saja!: Dira

PELAKON yang juga Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar meminta agar netizen tidak melibatkan pihak lain terutama mereka yang rapat dengannya jika tidak bersetuju atau kurang senang dengan apa yang dilakukannya.

Kenyataan itu dikeluarkan Dira apabila semenjak akhir-akhir ini ramai netizen yang kurang bersetuju dengannya sehingga meninggalkan pelbagai komen negatif di laman sosialnya beserta ‘tag’ nama mereka yang rapat dengannya sekaligus menimbulkan rasa kurang senang Dira.

Memetik laporan Sinar Harian, beberapa hari lalu, Dira menerusi status yang dimuat naik di Insta Story miliknya meminta agar netizen tidak bergaduh di Instagram miliknya.

“Please jangan gaduh-gaduh sesama sendiri kat IG saya. Please. Nak marah saya, marah saya sahaja. Yang lain-lain, buat rileks jek. Nak raya ni.. jom tenang-tenang,” tulisnya.

Dira dalam temubualnya bersama Sinar Harian sebelum ini pernah menyuarakan hal yang sama dan kali ini dia menegaskan sekali lagi apabila masih ada netizen yang berbuat demikian.

Terdahulu sebelum ini, Dira pernah dikecam apabila menulis status ‘mengusik’ YB Syed Saddiq di laman Twitter sehingga menjadi tular baru-baru ini. Ada dia antara netizen yang berbalas komen dalam status tersebut telah ‘tag’ nama sahabat Dira yang juga merupakan seorang selebriti agar memberi teguran kepadanya.

Dalam pada itu, Dira menegaskan dia kini tidak lagi terlibat dalam dunia lakonan dan kini hanya menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan dan dunia politik bagi meneruskan legasi ditinggalkan arwah bapanya yang juag merupakan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");