Sukan Hari Ini

Neymar Baru 80 Peratus

LIVERPOOL: Bintang Brazil Neymar berkata dia ‘sangat gembira’ dapat meledak gol dalam kepulangannya, menewaskan Croatia 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa, tetapi menegaskan dia baru mencapai tahap 80 peratus kemampuan sebenarnya.

“Saya cedera sejak tiga bulan lalu,” kata Neymar, dengan kempen Piala Dunia di Russia akan bermula 10 hari lagi, lapor BH Online.

“Untuk kembali beraksi dan melakukan perkara yang paling saya cintai, bermain bola sepak dan menjaringkan gol, ia amat menggembirakan.”

Penyerang Paris Saint-Germain itu dimasukkan pada babak kedua menggantikan pemain tengah Manchester City Fernandinho dan dia hanya memerlukan 23 minit untuk membuktikan betapa pentingnya dia berada dalam skuad Selecao di Russia nanti, yang mempunyai misi meraih gelaran dunia keenam.

Selepas menerima hantaran daripada Philippe Coutinho, Neymar menyelinap masuk ke kotak penalti Croatia, menewaskan Sime Vrsaljko dan Duje Caleta-Car dengan kawalan bola menarik, sebelum melepaskan rembatan jarak dekat.

“Saya masih terasa sakit, tetapi ia perkara biasa apabila anda terlalu tidak berjalan. Saya berada pada tahap 80 peratus kemampuan saya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");