Membawang Hari Ini

Nora Sedih, Ney Ney Terus ‘Dibawang’

Meluahkan emosi melalui Insta Story pada Instagram, Nora memberitahu, sama seperti orang lain, artis dan selebriti mempunyai perasaan.

“Anak saya ini bukan anak Mat Salih atau apa yang kena nampak sempurna… Dia anak Melayu. Semua manusia di dunia ini ada keistimewaan masing-masing.

“Nak kutuk pun… ‘Membawang’ atau kutuklah benda lain. Kutuk ciptaan Allah tak ada rasa takut dalam hati kah? Apa salah Ney Ney dekat kamu semua,” katanya.

Nora berkata, artis yang dianggap milik masyarakat tidak semestinya mempunyai hati kering atau tidak kisah dengan kecaman.

“Tak semestinya jadi ‘public figure’ hati kena kering… Kami juga ada perasaan seperti kamu.

“Sebenarnya, kami ini ada lebih emosi dan sensitif kerana kami orang seni… Sebab itulah kami jadi pelakon,” katanya lagi.

Tambah Nora, jika dia melakukan sebarang kesilapan, tegurlah dirinya tanpa membabitkan Ney Ney.

“Kalau kita ada buat salah, tegurlah… Tak perlu ‘membawang’ tanpa sebab. Cuba ‘membawang’ keluarga sendiri dan tengok apa yang mereka rasa,” katanya.

Nora juga berharap individu yang mengkritik anaknya sebagai berhati hitam, diberi hidayah, suatu hari nanti.

“Saya doakan semoga Allah beri hidayah pada anda. Bukakan hati supaya jadi bersih putih bersinar… Insya-Allah.

“Mereka yang sentiasa memuji, alhamdulillah syukur… Saya doakan semoga anda mendapat pahala yang banyak kerana membahagiakan kami yang teraniaya,” katanya.

Nora yang berkahwin dengan Nedim Nazri, melahirkan Ney Ney pada 22 Februari lalu.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");