Membawang Hari Ini

Ogy Dibenci Kerana Suraya

GARA-GARA watak Suraya dilakonkan dalam drama Rahsia Hati Perempuan yang ditayangkan di Astro Ria, artis serba boleh, Fauziah Ahmad Daud dikecam peminat.

Instagram milik Fauziah atau mesra disapa Ogy itu dibanjiri dengan komen berbaur marah dan benci dengan watak antagonis itu.

Hingga ada yang sanggup memecahkan kaca TV dan membaling Ogy dengan pasu bunga.

Bagaimanapun, Ogy mengakui dia tidak kecil hati dan terkesan dengan segala komen dilemparkan, sebaliknya menyifatkan watak itu berjaya menghantui peminat.

“Penonton kita terlalu emosi, jadi saya tidak kecil hati pun. Lagi pula, Suraya hanya watak dan ia berbeza dengan personaliti sebenar saya. Malah, saya menganggap setiap komen mereka sekadar gurauan.

“Saya pun balas dengan santai dan meminta mereka ‘cool’. Bagi saya, apa pun maklum balas diberikan mengenai watak ini, ia membuktikan watak berkenaan menjadi.

“?Sebagai pelakon yang lebih 40 tahun berada dalam bidang ini, saya mengambil serius setiap naskhah diberikan. Apabila melalui proses kematangan sebagai aktor, lakonan pun menyerlah,” katanya kepada Harian Metro.

Pun begitu, Ogy yang dikenali menerusi watak Azura mengakui watak Suraya memberikan cabaran berbeza untuknya.

“Saya aktres yang berwatak, jadi kena bagi roh dalam lakonan. Macam watak ini, sejujurnya saya penat dari segi mental dan jiwa. Pendek kata, ia mencabar saya.

“Ini yang saya inginkan dalam lakonan. Malah, bukan selalu saya dapat tawaran melakonkan watak sebegini. Apabila diberikan skrip, saya sudah dapat gambaran untuk menghidupkan karektor Suraya,” katanya.

Selain Ogy, drama itu membariskan pelakon hebat lain seperti Mira Filzah, Hisyam Hamid, Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");