Perak Hari Ini

Op Selamat Beri Impak Positif

IPOH: Semenjak dilancarkan pada minggu lalu, Op Selamat 13 berjaya mencatatkan penurunan 29 kes melibat kesalahan-kesalahan trafik di seluruh Perak.

Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata antara kes yang mencatatkan penurunan ialah kemalangan maut dan kes kematian akibat daripada kemalangan yang masing-masing mengalami penurunan sebanyak dua kes.

Difahamkan sebanyak 231 kes yang dicatatkan berbanding sebelum Op Selamat dilancarkan 8 Jun lalu, iaitu 260 kes.

Ujar Hasnan, ia jelas menunjukkan operasi tersebut memberi impak yang positif kepada keadaan trafik di Perak.

Dalam pada itu, tambah beliau, penubuhan Unit Siasatan Lebuhraya (USLR) di bawah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik berfungsi sebagai menjalankan tugas siasatan terhadap sebarang kemalangan kecil yang berlaku di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

“Menerusi USLR, pengguna jalan raya yang terlibat dengan kemalangan kecil tidak perlu membuat laporan polis ke balai sebaliknya ia boleh diselesaikan terus di lokasi kejadian atau di pejabat operasi masing-masing di setiap zon, di kawasan hentian rehat dan rawat berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Op Selamat 13 sempena sambuatan Hari Raya Aidilfitri peringkat kontinjen negeri di Plaza Tol Jelapang Arah Selatan, dekat sini, hari ini.

Menyentuh tentang sambutan Hari Raya, Hasnan berkata, bagi orang ramai yang meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, mereka digesa melaporkan ia kepada balai polis yang berhampiran.

Ujarnya, ia bagi memudahkan polis dalam membuat perancangan awal rondaan dalam mengekang jenayah kecurian dan pecah rumah.

Katanya, ia boleh dibuat secara terus di balai-balai polis berhampiran, rakan cop atau menerusi talian emel.

“Semenjak tiga tahun lalu, jumlah yang melaporkan kepada pihak polis kerana meninggalkan rumah masing-masing untuk ke kampung, masih kecil.

“Kejadian pecah rumah tidak begitu besar di Perak dan ia mungkin atara sebab mengapa masih ramai yang tidak melaporkan kepada kami,” jelasnya kepada pemberita selepas perasmian majlis, dekat sini, pada Rabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");