Perak Hari Ini

Padah Tunggang Motosikal Secara Berbahaya

IPOH: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menunggang kenderaan secara berbahaya kepada orang awam

Tertuduh, P Baskaran, 31, beralamat di Taman Setia, Batu Gajah telah didakwa melakukan kesalahan ketika menunggang motosikal di Kilometer 12.2 Jalan Pusing – Lahat dalam daerah Kinta pada jam 5.15 petang 9 Jun lalu.

Difahamkan tertuduh cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan polis di laluan berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda minimum RM5,000 hingga RM15,000 dan lesen boleh digantung selama dua tahun serta lesen percubaan (P) dibatalkan.

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Zubaidah Mohd Noor dihadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi dan tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Nurul Hafizah bagaimanapun menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan 19 Julai ini sebagai sebutan semula kes serta lantikan peguam dan serahan dokumen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");