Panasnya Hari Ini

Pas Tak Pernah Ketagih Bersama Umno

KOTA BHARU: Pas tidak pernah rasa ketagih untuk bersama dengan Umno dan BN, kata Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Beliau membidas kenyataan yang dikeluarkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang didakwa berkata, Umno dinilai lebih baik bekerjasama dengan Pakatan Harapan berbanding bersama Pas.

Ini kerana menurutnya, Umno-BN merupakan parti berbilang kaum dan tidak sesuai hanya berjuang menegakkan agama Islam semata-mata.

Nik Muhammad Zawawi menjelaskan, Pas adalah parti yang memperjuangkan Islam, iaitu perjuangan yang tidak berdendam dan bermusuh dengan sesiapa pun selain berdakwah untuk membawa masyarakat kepada agama Allah SWT.

“Mana-mana kumpulan yang tidak bermusuh dengan Islam, kalau mereka hendak bersama dengan Pas, maka mereka boleh bersama.

“Toksoh beraso (tak usah merasakan) Umno ni parti yang mahal dan kita tak pernah ketagih nak bersama dengan Umno,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Online, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");