Perak Hari Ini

Pecah Belah UMNO Bahagian, Ahli Parlimen Bukit Gantang Ambil Keputusan Keluar UMNO

TAIPING:Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan keluar dari UMNO dan Barisan Nasional serta menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau dalam masa sama turut mengumumkan berundur dari jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Bukit Gantang.

Jelasnya, tindakan itu diambil berikutan perasaan kecewa apabila wakil rakyat Ahmad Saidi Mohamad Daud dan Jamilah Zakaria tidak diberi laluan dalam barisan kepimpinan pada pemilihan UMNO bahagian itu Sabtu lalu.

“Saya terpaksa membuat keputusan ini demi memberikan peluang kepada mereka yang mampu memimpin UMNO Bahagian Bukit Gantang walaupun pilihan raya lalu saya memimpin jentera Bukit Gantang mengharungi tsunami hingga berjaya 4-0 mengatasi badi kekalahan dua penggal.

“Saya mengadakan mesyuarat, meminta supaya semua jentera membantu saya kekal bersama saya dalam saf kepimpinan supaya dapat mengatur jentera pilihan raya ke-15 tetapi malang pada minggu lepas apa yang saya harapkan hancur apabila pertandingan Pemuda UMNO Bahagian melihatkan kehancuran 15 cawangan dibatalkan begitu juga dua orang wakil rakyat baru Ahmad Saidi Mohamad Daud serta Jamilah Zakaria tidak mendapat tempat dalam kemimpinan,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Katanya, tindakan pemilihan itu telah memberikan satu tamparan buatnya mengenai isyarat yang ingin ditunjukkan oleh pimpinan dibawahnya kepada rakyat yang telah memilih wakil rakyat Dun Changkat Jering dan Dun Trong namun tidak diberikan tempat dalam barisan kepimpinan

“Kekecewaan itu menyebabkan saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Ketua UMNO bahagian Bukit Gantang dan menyerahkan tugas kepada Timbalan saya Mohd Kamarudin Abu Bakar.

” Saya akan meneruskan tugas saya sebagai Ahli Parlimen memberikan perkhidmatan terbaik tanpa ada gangguan politik UMNO setelah menjadi ahli bebas,” katanya.

Beliau menegaskan tidak terfikir untuk menyertai parti lain dan tidak pernah mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik lain.

“Ahmad Saidi telah tewas bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Jamilah tidak menawarkan diri kerana tidak merasakan ada laluan.

“Saya merasakan tindakan saya wajar kerana saya yang melalui jerih perit setelah saya memulihkan UMNO telah berjaya membawa kemenangan tetapi jentera ini telah dihancurkan. Itulah peritnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");