Perak Hari Ini

Pembangkang Perak Sudah Pandai Tabur Fitnah?

Sejak bertukar kerajaan Perak ni nampaknya masih ada lagi orang UMNO yang belum berpijak di bumi nyata. Apa yang Peraktoday perhatikan ‘Cybertropers’ UMNO Perak dah mulakan gerakan untuk menjahanamkan kerajaan PH di Perak.

Ada seorang Hamba Allah memaklumkan pada kami di FB Pages Peraktoday yang menyatakan kerajaan PH di Perak dibawah Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu telah memecat pekerja- pekerja di Pejabat MB.

Nak senang cakap, kononnya yang dibuang itu adalah ‘Orang-orang Zambry’ di Pejabat MB. Lantas kami membuat siasatan untuk memastikan kesahihan dakwaan pihak berkenaan.

Hairan bin ajaib kerana rata-rata kakitangan di Pejabat MB yang sama kami jumpa. Bermula dari pekerja gred rendah dan di peringkat pegawai. Driver yang sama. Kerani yang sama.

Dimana relevannya, Ahmad Faizal memecat pekerja yang tidak bersalah ni. Setahu Peraktoday, MB baru kita ni hanya memecat pegawai-pegawai atasan yang disifatkan sebagai satu pembaziran. Itu pun individu yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sahaja yang dipecat. Yang pekerja bawahan tidak pula dibuang.

Apakah modus operandi Hamba Allah ini?

Kami dapati, isu ini sudah mula dihangat di laman sosial. Rupanya memang agenda pembangkang di Perak. Dah pandai main fitnah-fitnah nampak.

Jika pun nak menjinak-jinakkan diri sebagai pembangkang di Perak, gunalah cara yang lebih murni dan intelektual. Bukan dengan membuat gerakan fitnah keatas Ahmad Faizal.

Malah, media-media arus perdana pun ada menyatakan pihak-pihak yang dipecat itu berjawatan apa dan berkhidmat di agensi mana. Tidak pula dinyatakan kakitangan Pejabat MB yang dipecat.

Peraktoday melihat kerajaan baru Perak lebih bersifat kemanusiaan dan tidak memecat pekerja sewenang-wenangnya. Cumanya mereka tidak menyimpan orang-orang yang songlap duit GLC. Itu saja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");