Perak Hari Ini

Pembinaan Wad Kanak-Kanak HRBP Perlu Disegerakan

IPOH:Isteri Menteri Besar Perak, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berharap blok wanita dan kanak-kanak serta Pusat Kardiologi (MCH) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) disegerakan pembinaannya.

Katanya, pembinaan yang akan menempatkan wad kanak-kanak itu telah tertangguh lebih setahun dan proses tersebut perlu disegerakan bagi memastikan perkhidmatan perubatan terbaik boleh diberikan kelak.

“Kita berharap pihak hospital mendapat peruntukan untuk wad kanak-kanak kerana masih banyak keperluan diperlukan.

“Bangunan baru akan dibuka sedikit masa lagi namun ia masih tertangguh selama setahun setengah jadi saya berharap proses pembinaan dapat disiapkan secepat mungkin supaya mereka dapat menerima perkhidamatan dan alatan perubatan yang lebih baik,” katanya kepada media selepas melawat kanak-kanak yang ditempatkan di wad berkenaan hari ini.

Turut hadir ahli Persatuan Wanita Prihatin Perak (PWPP) yang turut beramah mesra dengan keluarga pesakit selain menyampaikan 100 bungkusan sumbangan aidifitri kepada 63 pesakit di tiga wad kanak-kanak HRPB.

“Kami berharap kunjungan kali ini dapat menceriakan ibu bapa dan kanak-kanak yang perlu menjalani rawatan di hospital terutama pada hari raya ini.

“Saya faham ketika berada di Wad Onkologi, ibu bapa akan berasa tertekan kerana masalah kesihatan anak-anak mereka namun saya harapkan para doktor dapat jalankan tugas selain memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Sempena Aidil fitri bakal tiba, Nomee turut meminta terutama semua yang ingin pulang ke kampung halaman sentiasa berhati-hati di jalan raya dan menyambut syawal kali ini dengan gembira.

“Kepada pihak hospital yang beraya di hospital saya harap sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan yang baik begitu juga semua pekerja badan beruniform yang bukan semua berpeluang dapat beraya bersama keluarga dan terpaksa terus berkhidmat, selamat menjalankan tugas dan selamat hari raya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");