Perak Hari Ini

Penduduk Minta Sikap Tolak Ansur, Bina Longkang

IPOH:Penduduk sekitar Jalan Juara Manjoi di sini menggesa pihak bertanggungjawab memberikan kerjasama dan bertolak- ansur untuk membina longkang berhampiran rumah mereka bagi mengelakkan masalah banjir kilat serta air bertakung yang berpunca dari aliran mata air.

Wakil penduduk, Muhamad Ishak Abdullah berkata pemilik lima rumah yang terjejas teruk dikawasan itu pastinya akan khuatir dan cemas apabila hujan turun berikutan saluran longkang yang tidak teratur dibelakang rumah mereka.

“Apabila hujan hanya sekitar 30 minit air akan mula naik dan melimpah memasuki rumah, ia berlaku kerana sebuah kawasan yang ingin dijadikan pondok pusat Tahfiz namun masalahnya berpunca dari aliran mata air yang masih mengalir dan kini saluran longkang sedia ada telah ditutup dengan tembok dinding yang dibina hingga mengakibatkan air bertakung,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, pagar batu sedia ada juga telah rebah berikutan tekanan air yang deras daripada hujan lebat yang dialami.

Berikutan masalah itu wakil penduduk yang terjejas telah membuat laporan pada Febuari lalu melibatkan pelbagai pihak iaitu Penghulu, Majlis Bandarya Ipoh (MBI) dan adun kerajaan negeri pada ketika itu.

Aduan tersebut katanya sehingga kini tidak membawa kepada jalan penyelesaian malah pemilik tapak berkenaan juga enggan memberikan kerjasama seperti yang diharapkan.

“Kami masing-masing boleh wakafkan sebahagian tanah untuk dibina longkang saliran mata air ini kerana ia untuk kebajikan semua pihak perlu saling bertolak ansur, longkang sedia ada ini tinggi tiada laluan untuk mata air yang terus mengalir jadi ia bertakung dan melimpah ke rumah berhampiran apabila hujan.

“Air di belakang melibatkan takungan najis juga telah memasuki rumah dan boleh mencecah hingga ke paras lutut.Kami semua dalam ketakutan terutama pada waktu hujan,” katanya.

Hasil tinjaun Peraktoday juga mendapati air bertakung di longkang yang tersekat dikhuatiri boleh mengundang kepada pembiakan nyamuk Aedes.

Sementara itu, Ketua Urus setia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Mohd Rawi Abdullah meminta agar pihak bertanggungjawab termasuklah Adun dan Exco Negeri yang terlibat tampil meninjau dan menyelesaikan masalah yang berlarutan sejak Febuari lalu.

“Kita minta kerajaan Negeri iaitu pihak Exco terlibat juga Adun untuk datang meninjau sendiri dan cuba menyelesaikan masalah penduduk ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");