Berita Hari Ini

Pengerusi SPR Tamat Perkhidmatan Bulan Depan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 1 Julai depan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat suruhanjaya itu hari ini, Mohd Hashim dikatakan ‘memendekkan tempoh perkhidmatan.

“Pemendekan tempoh perkhidmatan ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun 2018.

“Pemendekan tempoh perkhidmatan ini juga telah dimaklumkan kepada perdana menteri melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun 2018,” kata kenyataan itu, lapor MalaysiaKini.

Kenyataan itu dibuat ketika beberapa pegawai kanan kerajaan meletakkan jawatan susulan pertukaran kerajaan pusat pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Terdahulu, Tun Raus Sharif meletakan jawatan sebagai ketua hakim negara manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula berundur sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");