Berita Hari Ini

Penumpang Cemas Bas Ekspres Terbalik

GERIK – Seramai 32 penumpang termasuk pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB), di sini, petang tadi.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas tersebut cedera parah manakala semua penumpang mengalami kecederaan ringan dan parah termasuk seorang bayi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa memaklumkan jumlah mangsa cedera atau parah masih belum dapat dikenal pasti lapor Sinar Harian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bas berkenaan dinaiki 32 orang dalam perjalanan dari Terengganu dan menuju ke Kuala Perlis.

“Bas itu dari arah Jeli menghala ke Gerik. Apabila sampai di lokasi kemalangan, bas itu dipercayai hilang kawalan apabila melalui kawasan itu menuruni bukit dan berselekoh.

“Lalu ia menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.

Kemalangan itu turut menyebabkan bas tersebut terbalik di bahagian kiri.

“Insiden itu menyebabkan pemandu bas cedera parah di bahagian kepala manakala 31 penumpang lagi cedera parah dan ringan. Jumlah sebenar belum diperoleh kerana ramai mangsa telah dihantar ke hospital,” katanya.

Tambah Ismail, polis akan meneruskan siasatan kemalangan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");