Perak Hari Ini

Perak FM Teruskan Amalan Edar Bubur Lambuk Istimewa

IPOH:Sekitar 3,000 bungkus bubur lambuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai dimana ia merupakan acara wajib dianjurkan oleh Perak fm saban tahun.

Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Sabri Mansor berkata program agihan bubur lambuk itu telah bermula sejak tahun 1980-an sehingga kini malah telah menjadi identiti tersendiri buat agensi itu.

“Program bubur lambuk terus dikembangkan dan menjadi sebutan sehingga sekarang namun tahun sebelum ini tukang masak biasa tidak dapat hadir menyebabkan rasanya tidak seperti kebiasaan dan kurang sambutan,” katanya pada Majlis bubur lambuk bersama Perak Fm di perkarangan RTM Perak di sini hari ini.

Terdahulu majlis tambah meriah dengan kehadiran Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu dan isteri Nomee Asyikin yang turut beramah mesra dengan orang ramai yang hadir sekitar hampir satu jam.

Bagi mengekalkan rasa keunikan bubur lambuk tersebut, RTM katanya telah mengambil pendekatan menjemput semula tukang masak yang sama pada waktu penganjurannya terdahulu dan dibantu oleh kakitangan RTM secara rewang bagi menyediakan 11 periuk bubur kali ini.

“Tahun ini kami jemput semula tukang masak biasa yang juga bekas pekerja RTM untuk megembalikan semula keenakan rasa bubur lambuk ini dan usaha ini perlu diteruskan bagi mengeratkan silaturahim dengan kakitangan RTM dan orang ramai menggunakan pendekatkan merakyatkan RTM,” katanya.

Katanya, proses memasak bubur lambuk secara bergotong-royong dimulakan sekitar jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari dan sekitar 2.30 petang sebelum waktu edaran orang ramai telah berpusu-pusu mendapatkan bubur tersebut.

“Tiga jenis bubur disediakan iaitu udang,ayam dan daging yang cukup istimewa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");