Perak Hari Ini

Perak Potong Gaji MB, Exco 10 Peratus Dan Perlu Isytihar Harta

IPOH:Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah Kerajaan Persekutuan dengan memotong gaji Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) sebanyak 10 peratus bagi mengurangkan beban kewangan negeri.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata menerusi mesyuarat exco hari ini, kesemua pihak telah bersetuju dengan pemotongan elaun sebanyak 10 peratus mengikuti contoh Kerajaan Persekutuan dan akan bermula serta-merta.

Sementara itu, mengulas mengenai pengistiharan harta yang merupakan satu satu perkara di dalam tawaran manifesto Pakatan Harapan, tegasnya, kesemua Exco kerajaan negeri telah telah diarahkan untuk segera membuat pengistiharan harta dan perlu menyerahkan maklumat tersebut pada penghujung bulan ini.

Bagaimanapun katanya, maklumat tersebut akan diumumkan apabila ada keperluannya kelak.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai pemilihan taman tema animasi Movie Animation Park Studios (MAPS) sebagai lokasi lokasi penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri supaya memberi peluang kepada orang awam melihat sendiri keadaan dan masalah dihadapi taman tema itu.

“Kalau saya anjurkan Ipoh Padang, Kediaman Menteri Besar, atau bangunan Darul Ridzuan sekalipun tetap akan menggunakan perbelanjaan bagi menyediakan makan dan minum sebagainya malahan apa saya dapati bila kita setuju menganjurkan di MAPS kos menjadi sedikit rendah apabila tidak perlu menyewa khemah dan sebagainya kerana sudah ada kawasan tertutup.

“MAPS juga sudah ada di situ walaupun kita faham ada banyak masalah yang kita sedang cuba hadapai dan atasi tentang taman tema itu jadi saya mahu tunjuk kepada rakyat ia ada di sini dan kerajaan atau pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak  (PKNP) yang ada hari ini akan cuba perbaiki keadaan dan selamatkan taman ini agar mampu menjadi kebanggaan rakyat Perak serta dikujungi semua orang kelak,” katanya.

Jelasnya lagi, rakyat berhak memberi padangan serta maklum balas mengenai keadaan taman tema berkenaan supaya ia boleh dipertingkatkan menjadi lebih hebat.

Faizal turut menegaskan bahawa dakwaan MAPS akan ditutup adalah satu dakwaan yang sangat keterlaluan sebaliknya kerajaan Negeri akan memastikan taman tema itu terus beroperasi dan dipromosikan dengan baik bagi menjana pendapatan negara.

“Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan disiasat dengan mendalam kerana kita mahu pastikan audit syarikat untuk memahami kekuatan serta kelamahan syarikat itu, ke mana kita nak bawa hala tuju, bukan sahaja MAPS.

“Saya fikir memang agak paling jauh dan sangat keterlaluan kalau dakwaan mengatakan MAPS itu akan ditutup kerana saya fikir apa yang ada di negeri ini diwarisi ketika ini akan mesti diperbaiki dan diperhebatkan dengan pelbagai promosi agar ia dapat menjana keuntungan kepada negeri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");