Perak Hari Ini

Perjumpaan Dengan Kesatuan Eropah, Dapat Impak Positif -MB Perak

IPOH:Kerajaan Perak sentiasa meninjau peluang dalam memperkukuhkan kerjasama pelaburan dengan pihak Kesatuan Eropah (EU) di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata sesi perjumpaannya dengan 17 orang Duta dan Ketua Misi Diplomatik Kesatuan Eropah ke negeri itu yang berlangsung sejak semalam telah memberikan impak positif.

“Saya menerima maklum balas yang baik daripada mereka bagi mengeratkan hubungan kerjasama pelaburan dari Eropah ke negeri ini.

“Saya memperkenalkan mereka dengan pelbagai perkara yang boleh diadakan kerjasama pelaburan di Perak dan kesemua mereka menerima baik penerangan yang diberikan dibantu pihak Invest Perak dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) ,” katanya selepas mengadakan perjumpaan santai bersama para wakil dan Duta kesatuan tersebut di Banjaran Hotspring di sini hari ini.

Beliau terdahulu hadir pada sesi perbincangan santai bersama semua wakil sekitar hampir dua jam.

Katanya, selain maklumbalas terdapat beberapa perkara telah dibincangkan dan akan dilanjutkan dalam siri perbincangan akan datang.

“Kesemua mereka bersetuju juga telah kembali ke Perak pada 27 dan 28 Sepetember bagi penganjuran program secara bersama dan mereka amat berminat untuk terlibat sama dalam usaha menjaga kelestarian hutan kita,” katanya.

Perubahan pemerintahan yang kini diterajui Pakatan Harapan juga antara yang menarik minta pihak Kesatuan dan jelas Faizal mereka menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk bekerja dengan lebih rapat bersama pihak Kerajaan kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");