Perak Hari Ini

Perlu Ada Perbincangan Dan Penjelasan Isu Perlantikan Zainol Fadzi-PKR

IPOH:Satu perbincangan perlu diadakan bagi memberi penjelasan sebenar berhubung Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata perbincangan tersebut perlu supaya semua pihak mendapat maklumat yang jelas mengenainya.

Malah katanya, bagi pihak yang membantah dengan tindakan itu juga perlu sedia mendengar sebarang penjelasan yang akan diberikan.

“Saya sendiri mendapat maklumat melalui media sosial tentang adanya protes-protes daripada pihak tertentu mengenai perlantikan Datuk Zainol sebagai penasihat khas yang bertaraf exco.

“Kita sedia mendengar pandangan dan teguran dari mana-mana pihak, dan saya rasa pihak Menteri Besar sendiri juga bersikap terbuka mungkin Menteri Besar ada pemikiran tersendiri mengenai keputusan lantikan itu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Malah jelasnya, pelantikan itu juga adalah berkemungkinan situasi pembentukan kerajaan PH selepas pilihan raya umum lalu.

“Saya tahu protes ini juga datangnya daripada otai reformasi yang dari awal memberi sokongan, begitu juga situasi semasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bekerjasama dengan PH pada peringkat awal ada bantahan tetapi akhirnya mereka menerima kerjasama tersebut hingga membuahkan kejayaan cukup besar selepas 60 tahun.

“Sepatutnya ada perbincangan untuk memberi pencerahan mengenai perlantikan ini berlaku dan kita harap pihak yang tidak setuju sedia mendengarnya,” katanya.

Terdahulu, turut tular surat bantahan daripada daripada Pakatan Harapan Supporters ditujukan kepada Menteri Besar yang mana meminta agar penjelasan diberikaan berhubung perlantikan tersebut .

Menerusi intipati surat itu juga penyokong Pakatan Harapan itu juga ingin mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan supaya dalam masa 14 hari tidak akan ada perancangan untuk perhimpunan dihadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");