Perak Hari Ini

Persidangan DUN Perak 6 Ogos Ini

IPOH:Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka  bersidang pada 6 Ogos ini.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata satu sesi perjumpaan bersama ahli dewan bagi membincangkan mengenai pemilihan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu akan berlangsung pada 3 Julai ini.

Turut dijangka berlangsung majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada tarikh yang sama.

“Persidangan Dewan dijangka akan berlangsung pada 6 Ogos ini dan telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi merasmikan pembukaan dewan,” katanya ketika ditemui di pejabat rasminya hari ini.

Katanya, tiga pihak sudah mengenalpasti calon masing-masing yang akan diumumkan kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");