Panasnya Hari Ini

Pertemuan Khas Anwar Dan Pemimpin PKR Di Kediaman Rasmi TPM

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan khas dengan semua wakil rakyat, bekas wakil rakyat dan pimpinan negeri parti itu, Rabu ini.

Dalam surat bertarikh 31 Mei yang dilihat FMT, pertemuan itu akan diadakan di Sri Satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 3.30 petang.

“Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat diarahkan ketua umum untuk memanggil semua ahli Parlimen, adun dan bekas, pengerusi MPN (Majlis Pimpinan Negeri) dan pengarah JPRN (Jabatan Pilihan Raya Negeri) ke suatu pertemuan khas,” menurut surat itu.

Seorang adun PKR Selangor yang enggan mendedahkan namanya mengesahkan menerima surat itu, tetapi tidak tahu tujuan pertemuan khas itu diadakan.

Surat ditandatangani Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar itu memaklumkan kehadiran adalah wajib.

Surat itu menyatakan PKR mempunyai ahli Parlimen paling ramai dalam Pakatan Harapan (PH).

“Daripada jumlah 113 ahli Parlimen PH (tidak termasuk ahli Parlimen dari Parti Warisan Sabah), PKR kini mempunyai jumlah ahli Parlimen terbanyak, seramai 49 orang atau 42% daripada jumlah keseluruhan ahli Parlimen PH.

“PKR juga kini mempunyai 67 adun mewakili semua negeri, kecuali Kelantan dan Terengganu.

“Kemenangan ini adalah isyarat penerimaan dan kepercayaan rakyat kepada PKR untuk melaksanakan semua agenda reformasi yang kita perjuangkan selama ini.”-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");