Panasnya Hari Ini

Pertemuan Khas PKR Bertukar Lokasi

SHAH ALAM: Pertemuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama wakil rakyat parti itu bertukar lokasi selepas perancangan awalnya mendapat teguran awam.

Naib presidennya, Nurul Izzah Anwar menerusi Twitternya berkata, pertemuan tersebut akan diadakan di sebuah hotel.

“Terima kasih atas kebimbangan yang dibangkitkan.

“Kebimbangan mengenai peranan berkembar presiden parti dan penjawat timbalan perdana menteri diberikan perhatian sewajarnya dan JPRP (Jabatan Pilihan Raya PKR) menetapkan mesyuarat pada Rabu ini diadakan di One World Hotel, Selangor,” katanya, pada Ahad, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Terdahulu, PKR melalui Nurul Izzah mengeluarkan surat arahan kepada semua Ahli Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk hadir dalam pertemuan tersebut yang dijadualkan pada 6 Jun ini.

Namun, lokasi pertemuan asalnya yang ditetapkan diadakan di Sri Satria, Putrajaya yang juga merupakan kediaman rasmi timbalan perdana menteri mendapat pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.

Sementara itu, menerusi surat tersebut, PKR menegaskan penglibatan semua Ahli Parlimen dan Adun adalah diwajibkan.

“JPRP mengambil peluang merakamkan tahniah kepada semua yang telah berjaya dalam PRU14. Kemenangan ini juga adalah isyarat penerimaan dan kepercayaan rakyat kepada PKR.

“Ketua umum juga mengarahkan supaya semua Ahli Parlimen dan Adun memberikan keutamaan untuk hadir pada sesi pertemuan ini,” katanya.

Majlis pertemuan tersebut diadakan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan secara rasmi keputusan PRU14 pada 28 Mei lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");