Panasnya Hari Ini

‘PH Tidak Akan Gopoh Buat Keputusan’

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan sebelum menerima mana-mana individu atau parti lain yang mahu menyertai mereka.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata PH mengekalkan prinsip dibuat Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada hari pertama membentuk kerajaan, iaitu tidak tergesa-gesa membuat sebarang keputusan.

“Kita tidak akan tergesa-gesa dan gopoh dalam membuat keputusan berhubung perkara ini.

“Jika mahu menyertai PH, betulkan (niat) dahulu tetapi sebarang keputusan akan dibuat atas dasar konsensus,” katanya yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka AMANAH dan Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, isu kemasukan individu dan pihak luar, terutama daripada kepemimpinan Barisan Nasional (BN), akan dibawa untuk perbincangan Majlis Presiden PH.

“Semua orang berpeluang, boleh tinggalkan atau menyertai (PH) atas prinsip demokrasi.

“Bagaimanapun, segala keputusan perlu dibincangkan sebelum dipersetujui parti,” katanya.

Semalam, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mengumumkan keluar BN untuk menjadi sebuah parti bebas yang konstruktif.

Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN (CGC).

Hari ini, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pula turut mengumumkan keluar UMNO dan BN.

Setakat ini, beliau mengesahkan menjadi wakil rakyat Bebas dan dijangka menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");