Berita Hari Ini

PKR Permatang Pauh Mohon Maaf Insiden Tak Mesra Wartawan

PKR Permatang Pauh memohon maaf kepada petugas media kerana menghalang wartawan dari bertanya soalan kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam rumah terbuka Aidilfitri di Guar Perahu, Pulau Pinang sebelum ini.

Ketua cabangnya Amir Ghazali membangkitkan isu protokol susulan kehadiran Anwar dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga timbalan perdana menteri.

“Dulu sebagai pembangkang dan sekarang sebagai pentadbir kerajaan Malaysia sudah tentu kali pertama hadir ke Permatang Pauh sebagai timbalan perdana menteri perlu melalui protokol yang sebelum ini pihak kami tidak pernah melaluinya,” kata Amir.

“Saya bagi pihak PKR cabang Permatang Pauh dan Unit Keselamatan Parlimen UKP mengambil tanggungjawab sepenuhnya salah faham insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan memohon kemaafan kepada semua pengamal media yang hadir pada masa tersebut dan akan memastikan ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.”

Beliau berkata demikian dalam tulisan di Facebook yang ditujukan khas kepada “semua wartawan yang terasa hati seperti luahan wartawan Malaysiakini Susan Loone kejadian anggapan wartawan dihalau”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");