Berita Hari Ini

PM: Nama Menteri Sudah Muktamad, Angkat Sumpah Tak Lama Lagi

47 hari selepas menawan Putrajaya, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) masih tiada kabinet penuh.

Disoal tentang perkara ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata senarai menteri sudah dimuktamadkan dan acara angkat sumpah akan diadakan tak lama lagi.

Namun beliau tidak menyatakan secara tepat bilakah ia akan berlangsung.

“Nama-nama sudah dimuktamadkan. Kita akan adakan majlis angkat sumpah tak lama lagi,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya petang ini.

Ketika ditanya bilakah nama-nama menteri baru akan diumumkan, beliau berkata ia akan dibuat ketika acara angkat sumpah itu nanti.

Pada 22 Jun lalu, Malaysiakini melaporkan Mahathir telah menyerahkan 15 lagi nama anggota kabinet tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketika ini, kerajaan pusat memiliki 13 menteri kabinet.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");