Perak Hari Ini

Polis Perak Siasat Dakwaan Individu Dikasari Anggotanya

IPOH: Polis Perak hari ini membuka kertas siasatan berhubung isu seorang lelaki yang mendakwa ditumbuk dan ditampar beberapa kali oleh seorang anggota polis selepas ditahan kerana melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah di Pekan Chemor, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, pihaknya telah berjaya mengenalpasti anggota yang didakwa terlibat dalam kejadian yang berlaku pada Ahad.

Jelasnya, anggota tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 323 kerana sengaja mendatangakan kecederaan dan jika didapati bersalah dia boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, Yahya berkata, individu yang didakwa dikasari pihak polis juga turut akan disiasat dibawah Seksyen 24, Akta Polis kerana tidak mematuhi arahan yang diberikan anggota ketika bertugas.

Tambahnya, jika disabit kesalahan, lelaki itu boleh didenda sehingga RM500 atau penjara selama tiga bulan.

“Kita nak ingatkan kepada orang ramai, jika ada anggota polis yang mengarahkan berhenti, sila berbuat demikian.

“Kalau lari sehingga 7 kilometer, ia menimbulkan keraguan kepada kita yang mana kita mungkin beranggapan ada melakukan kesalahan lain.

“Padahal hanya kesalahan langgar lampu isyarat, kes saman sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Op Selamat 13 sempena sambuatan Hari Raya Aidilfitri peringkat kontinjen negeri di Plaza Tol Jelapang Arah Selatan, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Wong Kar Seng, 23 mendakwa dirinya dikasari pihak polis kerana melanggar lampu isyarat, ketika sedang dalam perjalanan dari Kampung Simee ke Tanah Hitam.

Dia kemudian mengajukan hal berkenaan kepada Pengarah Biro Pengaduan Awam DAP Perak, Steven Chaw pada Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");