Perak Hari Ini

PPBM Bahagian Bagan Serai Mengalu-alukan Penyertaan Dr Azmi

BAGAN SERAI:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Bagan Serai,mengalu-alukan penyertaan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyertai parti itu setelah mengumumkan keluar daripada UMNO hari ini.

Mantan Ketua Bahagian PPBM Bahagian Bagan Serai, Abdul Malik Abdul Latif berkata Ahli Parlimen itu dialu-alukan menyertai dan memimpin PPBM bahagian Bagan Serai yang kini masih lagi belum sempurna struktur kepimpinan.

“Kami mengalukan Dr Azmi bersama parti PPBM untuk memimpin bahagian Bagan Serai serta memilih parti ini sebagai platform partinya pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman khas yang dibuat oleh Dr Azmni sebentar tadi.

Mengulas mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Harapan sendiri terhadap pelawaan tersebut Abdul Malik berkata semua pihak pastinya mempunyai pemahaman dan tindakan sendiri bagaimanapun PPBM bahagian Bagan Serai sentiasa terbuka kepada persaingan politik yang sihat.

“Pastinya akan ada parti komponen Pakatan Harapan yang masih was-was namun bagi saya  politik adalah persaingan jika berlaku secara sihat sesiapa boleh menyertai parti mana-mana.

“Jika Dr Azmi boleh memberikan sesuatu yang baik kepada rakyat Bagan Serai apa salahnya ditambah pula latar belakangnya yang bagus,” katanya.

Malah katanya menjadi satu kerugian buat rakyat di kawasan Bagan Serai yang bertindak menolak kepimpinan yang ditunjukkan oleh Dr Azmi selama ini.

“Politik bukannya satu yang kekal tetapi bergantung pada keperluan pastinya parti lain tidak selesa pada peringkat awal memang begitu kita akan perbaiki hubungan parti komponen dan mengalukan Dr Azmi bersama kita

“Persaingan tiga penjuru di Bagan Serai bukan senang perkara mudah, namun Dr Azmi berjaya biarpun ditolak oleh UMNO bahagian tetapi dia boleh menang kerana personalitinya yang di terima rakyat jadi kita perlu beri sokongan kepadanya kerana banyak lagi perkara belum diselesaikan,” katanya.

Katanya, Dr Azmi yang kini merupakan wakil rakyat bebas boleh tampil menawarkan diri bagi mengisi jawatan selaku Ketua Bahagian PPBM Bagan Serai sekirnya berminat.

“Pada 1 September ini akan diadakan mesyuarat Agung Bahagian jadi sekiranya sesiapa sahaja termasuk Dr Azmi berminat menawarkan diri menjadi Ketua Bahagian adalah dialukan ini sistem demokrasi malah jawatan Ketua Bahagian kini pada peringkat penaja sahaja iaitu bermakna masih kosong.

“Struktur kepimpinan PPBM di Bagan Serai masih belum sempurna ada struktur yang tidak lengkap jadi tugas pertama sekiranya Dr Azmi berminat adalah menyusun semula parti Bersatu Bahagian Bagan Serai,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");