Perak Hari Ini

Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Geruntum Ditangguh Serta Merta

IPOH:Projek empangan hidroelektrik yang sedang dibina dekat Ulu Geruntum, Gopeng di sini telah ditangguhkan pembinaan serta-merta sehingga kajian lanjutan berhubung kesan dan implikasinya diperolehi oleh pihak Kerajaan Negeri kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Hal Ehwal Pengguna,Masyarakat Sivil,Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A.Sivanesan berkata penangguhan projek berkenaan adalah mengikut persetujuan semua pihak yang terlibat.

“Projek ini bermula pada tahun 2012 yang diluluskan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) enam tahun lalu dan tujuh kampung Orang Asli telah terlibat dan Orang Asli mendakwa punca rezeki mereka terjejas berikutan alam sekitar yang rosak malah kubur nenek moyang mereka juga musnah.

“Bagi syarikat pelancongan juga perniagaan turut terjejas kerana projek ini telah mengakibatkan sungai tercemar, pelbagai bantahan dibuat sehingga membawa petisyen ke peringkat mahkamah,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung projek tersebut melibatkan semua pihak hari ini.

Katanya, pemaju projek berkenaan juga telah bersetuju membayar balik pampasan kepada tuntuan yang diberikan, bagaimanapun jumlah pampasan mengikut persetujuan yang ditetapkan kelak.

“Berdasarkan Jabatan Alam Sekitar terdapat garis paduan yang tidak diikuti oleh pihak pemaju dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) turut menyatakan pemaju telah ingkar syarat yang ditetapkan dan kerana itu sungai menjadi tercemar.

“Pihak alam sekitar dan pihak Daerah Kampar untuk menjalankan kajian terperinci serta merta maklum kepada saya selepasa itu satu mesyuarat diadakan maklumkan kepada mereka tindakan susulan,” katanya.

Katanya kajian menyeluruh perlu dijalankan termasuk pemantauan secara ketat terhadap projek ini kerana ia turut memberikan keuntungan kepada masyarakat Orang Asli melalui peluang pekerjaan.

Penilaian kajian  Kesan Alam Sekitar (EIA) katanya perlu dilaksanakan dan hasil kajian dan laporan perlu diserahkan kepada pihak Exco dalam tempoh sebulan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata banyak pihak yang terlibat dalam projek berlangsung bagaimanapun tiada rundingan terperinci dibuat melibatkan semua pihak.

“Ada pihak yang mahu projek ini diberhentikan namun pastinya akan ada implikasi kewangan ditanggung kerajaan jadi saya berharap dalam tempoh pengantungan projek ini akan ada kajian daripada segi implikasi kewangan sekiranya terpaksa diberhentikan.

“Sekiranya diteruskan juga pemantauan ketat perlu supaya impak pada alam sekitar dan kehidupan harian orang Asli tidak terjejas kerana kepentingan Orang Asli harus pertahankan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");