Panasnya Hari Ini

PRU14: Sikap Berpuak-Puak Punca BN Kalah Teruk

IPOH – Kekalahan teruk BN pada PRU14 lalu berpunca akibat wujudnya sikap berpuak-puak dalam kalangan parti komponen.

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, sikap berpuak-puak itu dipercayai wujud akibat percakaran sesama sendiri sehingga akhirnya menyebabkan tidak ada semangat perpaduan dalaman bagi sesebuah parti.

“Bila dah bercakaran, tentu ada puak-puak. Ini tidak sihat dan akhirnya bila satu parti dilihat tidak ada semangat perpaduan dalaman, sebab itu kalah.

“Sebab itu, pilihlah pemimpin yang komited, berkaliber, mempunyai jiwa rakyat dan boleh memimpin. Bukannya datang untuk kepentingan diri,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, biarpun kalah teruk pada PRU14 lalu, namun pihaknya masih boleh menerima kekalahan berkenaan dan akur bahawa rakyat mahukan perubahan dalam pentadbiran negara.

“Rakyat nakkan satu perubahan. Mereka nak bandingkan 60 tahun pemerintahan BN dan kerajaan baharu ini. Tak apa, kita beri masa.

“Apa pun, kita bersyukur, Gerakan tidak terima banyak cacian. Mungkin kerana kebanyakan pimpinan kita tidak terlibat dengan sebarang isu.

“Rakyat sebenarnya sayangkan kita, tetapi mereka cuma nakkan satu perubahan. Kalau kerajaan baharu tak dapat laksanakan dengan baik, mungkin PRU15 akan kembali kepada kita.

“Dalam kalangan komponen, saya ingat tak perlulah kita tuduh menuduh. Masa dah berlalu. Hentikan salahkan mana-mana pihak.

“Kita perlu lihat ke hadapan, rancang balik dan kukuhkan semula parti masing-masing. Bagaimana kita boleh balik kembali, itu yang penting,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Lian Hoe enggan mengulas lanjut sama ada beliau akan mempertahankan jawatan disandang pada pemilihan parti berkenaan.

“Samada pertahankan jawatan atau tidak, saya akan umum pada November nanti. Kita di Gerakan juga kena pastikan bahawa kita mempunyai presiden yang berwibawa,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pada majlis sambutan Hari Bapa Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe), Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Hotel Kinta Riverfront.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");