Berita Hari Ini

Puan Mati Di Usia 62 Tahun

PERTH – AUSTRALIA – Orang utan tertua di dunia, yang mempunyai 11 anak dan 54 keturunan tersebar di seluruh dunia mati pada usia 62 tahun, kata pegawai zoo Australia, hari ini.

Diberi nama Puan, mamalia betina itu mati di Zoo Perth, semalam, habitat utamanya selepas diberikan kerajaan Malaysia pada tahun 1968.

“Puan banyak berjasa kepada koloni di Zoo Perth dan survival spesiesnya. Selain menjadi koloni kami yang tertua, Puan juga merupakan orang utan pertama dalam program pembiakan kami yang terkenal di dunia dan meninggalkan warisan yang luar biasa.

“Genetiknya dikira hanya kurang dari 10 peratus populasi zoologi global,” kata penyelia primat Holly Thompson.

Puan mempunyai 11 anak dan jumlah keturunan 54 di Amerika Syarikat, Eropah, Australasia dan hutan Sumatera.

Cicitnya, Nyaru adalah orang utan terbaru yang akan dilepaskan ke habitat liar.

Dilahirkan pada tahun 1956, Puan telah diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness sebagai orang utan Sumatera tertua di dunia.

Orang utan betina jarang hidup melebihi 50 tahun di habitat liar. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");