Berita Hari Ini

Ringgit Dijangka Menyusut Berbanding Dolar US Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka menyusut berbanding dolar US minggu depan selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) mengeluarkan kenyataan lebih agresif mengenai kadar faedah pada mesyuarat dasar monetarinya pada Rabu.

Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamarudin Mohd Nor berkata, ringgit sepertimana mata wang ekonomi sedang pesat membangun dijangka terus mengalami tekanan pada minggu yang akan datang berikutan pelbagai perkembangan dalam beberapa minggu lepas.

“Pengukuhan meluas dolar US ekoran data ekonomi yang mantap serta kenyatan agresif Fed membantu menaikkan dolar US. Pertikaian perdagangan antara AS dan rakan dagangannya turut menjejaskan sentimen risiko,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, pengumuman pelantikan Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baharu pada Jumaat, untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 1 Julai 2018, dilihat sebagai berita positif kerana beliau sangat berkebolehan dengan pengalaman dan pengetahuan mendalam di BNM.

Pengumuman tersebut serta komen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau melihat nilai saksama ringgit pada 3.80 berbanding dolar US, akan memberi sokongan kepada mata wang tempatan, katanya.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran Global FXTM, Jameel Ahmad berkata, momentum belian berterusan untuk dolar US telah menjadi pemangkin kejatuhan ringgit sejak beberapa minggu lalu.

“Ada kemungkinan ringgit jatuh di bawah 4.00 berbanding dolar US, tetapi ia bergantung kepada pelabur yang mengambil keuntungan ke atas dolar US,” katanya.

Sementara itu, Hong Leong Research berkata, ringgit ditutup kira-kira 0.78 peratus lebih lemah minggu ke minggu kepada 4.0157 berbanding dolar US dan lebih rendah berbanding tujuh kumpulan 10 mata wang ketika peningkatan dalam ketegangan perdagangan terus menjejaskan pasaran dan menekan permintaan untuk mata wang pasaran baru muncul.

Pasaran ditutup pada Jumaat lalu sempena cuti Hari Raya.

Pada asas Jumaat ke Khamis, mata wang tempatan ditutup rendah berbanding dolar US kepada 4.0010/0040 daripada 3.9835/9875.

Ringgit didagangkan keseluruhannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9484/9511 daripada 2.9861/9896 Khamis lalu dan menambah berbanding euro kepada 4.6644/6683 daripada 4.7097/7160.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");