Sukan Hari Ini

Ronaldo Tinggalkan Madrid Buat Rakitic Ceria

LANGKAH Cristiano Ronaldo untuk meninggalkan Real Madrid akan menjadikan pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic, bahagia.

Masa depan Ronaldo di Madrid dalam keraguan susulan komennya selepas mereka memenangi gelaran Liga Juara-Juara (UCL) ketiga berturut-turut dengan mengalahkan Liverpool 3-1 bulan lalu.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu kemudian mengakui komennyaa itu tidak kena pada masanya, lantaran itu meletakkan masa depannya di Santiago Bernabeu dalam keadaan tidak menentu.

Sekiranya Ronaldo memutuskan untuk beralih angin, Rakitic mencadangkan ia bagus buat juara LaLiga dan juara Copa del Rey, Barcelona.

“Saya sukar untuk mempercayai bahawa dia akan pergi,” kata pemain antarabangsa Croatia itu kepada Marca, lapor Stadium Astro.

“Tetapi dalam bola sepak, banyak perkara berubah dengan pantas dan jika dia pergi, saya tidak akan berbohong, saya gembira.”

Zinedine Zidane tidak akan kembali ke Madrid pada musim depan setelah meletakkan jawatan, hanya lima hari selepas kejayaan UCL.

Rakitic tidak terkejut dengan keputusan Zidane sambil memuji pengurus itu yang melaksanakan tugas yang mengagumkan bersama Los Blancos.

“Pada awalnya, ia tidak mengejutkan saya,” katanya. “Dia telah membuat keputusan dan anda perlu menghormatinya.

“Dia membawa Madrid ke tahap yang sangat mengagumkan, sesuatu yang sulit untuk diatasi.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");