Sukan Hari Ini

Salah ‘Dilamar’ Jadi Warganegara Chechnya

MOSCOW: Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov menjadikan penyerang Mesir, Mohamed Salah sebagai warganegara kehormat wilayah selatan Russia berkenaan pada jamuan perpisahan dengan pasukan yang sudah tersingkir daripada Piala Dunia itu.

Chechnya dipilih sebagai kem latihan Mesir sepanjang Piala Dunia dan Kadyrov yang mendapat sokongan Kremlin, merebut peluang untuk bersama Salah – pemain Mesir dan Liverpool yang menjadi bintang antarabangsa kerana ketajamannya di depan gawang.

“Mohamed Salah adalah warganegara kehormat untuk Republik Chechen. Iya, betul! Malam ini saya menandatangani dekri untuk memberikan anugerah tertinggi ini kepada pemain bola sepak terhebat dan ahli pasukan Mesir dan Liverpool,” kata Kadyrov, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Salah diberikan lencana dan satu salinan dekri pada majlis makan malam yang berlangsung semalam.

Kadyrov mengambil alih Chechnya pada tahun 2007, mendapat sokongan Kremlin untuk mengenakan kawalan ketat di wilayah Islam itu, di mana Russia mengharungi dua perang yang dahsyat dan mahal bagi menghapuskan puak pemisah sejak kejatuhan Soviet Union.

Dalam temubual bersama BBC minggu ini, dia menafikan perlanggaran hak asasi manusia dan menafikan dia menggunakan kehadiran Salah untuk tujuan propaganda.

“Kami tidak menggunakan perkara seperti ini untuk politik. Musuh kami dibayar untuk menulis artikel seperti itu. Saya tidak menjemput Mohamed Salah atau pasukan Mesir, mereka sendiri memilih kami,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");