Sukan Hari Ini

Salah Mungkin Kecewa

SAINT PETERSBURG, Russia: Tiga minggu dan tiga hari selepas Sergio Ramos meranapkan harapan terbaik Mesir di Piala Dunia, Mohamed Salah kembali.

Dia berjaya memenangi sepakan penalti, menyempurnakannya dengan kaki kiri merembat kencang ke penjuru gol lawan.

Namun jaringannya itu sudah terlewat memandangkan lawan Mesir yang juga tuan rumah Russia sudah mendahului dengan kelebihan tiga gol.

“Sekiranya dia tidak cedera, sukar untuk menjangkakan apa yang mungkin berlaku,” kata jurulatih Mesir, Hector Cuper. “Namun kami tahu kualiti dimilikinya.”

Apa pun, memetik laporan BH Online, aksi di Russia bukanlah Salah yang mampu menggugat AS Roma dan Manchester City atau meledak 32 gol dalam Liga Perdana Inggeris serta 10 gol bagi membantu Liverpool ke final Liga Juara-Juara.

Ia adalah Salah yang berusaha melakukan yang terbaik, berharap muncul sebagai penjaring gol kemenangan sekalipun menyedari persembahan sempurna tidak mungkin berlaku.

Malah persediaannya untuk perlawanan yang menyaksikan Russia meraih kemenangan 3-1 dalam aksi kedua Kumpulan A itu tidak 100 peratus sempurna.

Lebih jelas, prestasinya boleh dilihat dalam setengah jam pertama yang menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu jarang menyentuh bola dan lebih selesa melakukan hantaran apabila menerima bola.

“Dia tidak bersedia dengan baik bersama kami dan ia menjejaskan sedikit keupayaan fizikalnya,” kata Cuper.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");