Sukan Hari Ini

“Saya Masih Presiden FAS”

DATUK Seri Subahan Kamal masih kekal sebagai Presiden Persatuan Bolasepak (FAS) Selangor sehingga satu mesyuarat agung lua biasa (EGM) badan induk berkenaan diadakan pada 3 Julai ini.

Subahan menjelaskan, EGM berkenaan akan dilakukan bagi memilih Presiden FAS yang baharu selepas beliau melepaskan jawatan di kerusi nombor satu itu kerana bebanan tugas.

Malah, beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Exco FAS mahukan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai penggantinya.

“Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini untuk melakukan peralihan kuasa (menukar presiden) secara teratur dan ia dijangka akan berlangsung pada 3 Julai.

“Memang sudah sampai masa saya melepaskan jawatan ini kepada RMS, kerana saya fikir beliau individu paling layak. Saya sendiri terlalu banyak komitmen termasuk dalam sukan hoki.

“Saya juga sudah maklumkan kepada Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim untuk buat urusan rasmi (memanggil EGM) yang mana kami hanya akan putuskan untuk (pilih) presiden,” katanya selepas mesyuarat Exco FAS di sini, semalam, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan Subahan akan melepaskan jawatan Presiden FAS kerana bebanan tugas apabila turut memikul tanggungjawab sebagai Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Subahan dipilih sebagai Presiden FAS pada Februari tahun lalu bagi memimpin persatuan itu bagi penggal 2017-2021.

Selain itu, Subahan berharap RMS dapat menunaikan hasrat semua Exco untuk memilih beliau sebagai pengganti presiden baharu pada 3 Julai nanti.

“Saya fikir Insya-Allah RMS akan terima. Tapi kami memang berharap beliau akan terima.

“Kami tahu beliau mampu untuk memacu FAS dan pasukan Selangor ke arah lebih baik dan memajukan bola sepak Selangor.

“Saya tak boleh komen (apa yang RMS perlu lakukan pada permulaan) kerana lain presiden lain caranya. Tapi kami percaya terhadap kemampuan RMS,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");