Panasnya Hari Ini

‘Saya Tidak Curi Wang 1MDB’ – Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak menerima faedah atau mencuri wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana pihak lain.

Beliau yakin sekiranya didakwa berkaitan kes 1MDB atas alasan politik, mahkamah akan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Najib berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menyatakan tidak mudah untuk menahan dan mendakwanya di mahkamah walaupun sebelum ini telah meyakinkan rakyat kononnya beliau (Najib) mencuri berbilion dana 1MDB.

“Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh,” katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter hari ini lapor Bernama.

Media melaporkan Dr Mahathir, semasa majlis makan malam dengan rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di Jepun pada Ahad malam, sebagai berkata: “Ia bukannya mudah. Kami perlu mencari bukti kukuh untuk dikemuka di mahkamah.”

Menurut Najib, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan bahawa kertas pertuduhan yang didakwa telah disediakan untuk mendakwa beliau pada 2015, adalah tidak benar.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan mendakwa perkara itu merupakan sebahagian daripada konspirasi untuk menggulingkannya dengan menggunakan individu tertentu dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata jemaah haji Malaysia yang pernah dibiayai 1MDB untuk ke Tanah Suci tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan adalah dari sumber yang halal.

“…kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya,” kata Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");