Perak Hari Ini

Selain MAPS Kerajaan Negeri Berminat Adakan Acara Rasmi Di Kawasan Tarikan Umum Yang Lain

IPOH: Kerajaan Negeri Perak bercadang akan menjadikan kawasan-kawasan tarikan umum di sekitar Bandaraya Ipoh sebagai lokasi penganjuran pelbagai acara rasmi.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, ia berikutan sambutan yang sangat mengalakkan daripada orang ramai terhadap Majlis Jamuan Hari Raya Kerajaan Negeri di Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) Meru Raya, dekat sini, hari ini.

Jelasnya, dalam tempoh satu jam sahaja, sekitar 15,000 orang pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat telah datang ke sini bagi meraikan perayaan tersebut.

Ujarnya, terdapat juga pengunjung yang datang dari luar Ipoh serta Perak, untuk ke MAPS, petang ini.

“Seperti sedia maklum, kita ada kawasan Bulatan Amanjaya Meru, Taman Tema Lost World Of Tambun dan kegemaran saya ialah Taman Dr Seenivasagam.

“Jika tempat-tempat ini kita jadikan lokasi acara-acara di masa hadapan, saya pasti ia akan mengembalikan kegemilangan tempat-tempat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada masjis Jamuan Hari Raya Kerajaan Negeri di Taman Tema MAPS Meru Raya, dekat sini, pada Jumaat.

Antara yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Ghazali Jalal, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man serta barisan Exco.

Pada masa sama, Ahmad Faizal turut mengumumkan bahawa tempoh masa bagi jamuan tersebut yang sepatutnya berakhir pada jam 6.00 petang, dilanjutkan sehingaa jam 8.00 malam.

Ujarnya, ia sebagai inisiatif kerajaan negeri bagi memberi peluang kepada semua yang hadir agar dapat meluangkan masa dengan lebih lama di situ.

Tambahnya, ia juga sebagai langkah dari mengelakkan orang ramai terlalu bersesak-sesak atau kemungkinan segelintir pihak yang berebut-rebut untuk bermain permaian di dalam taman tema berkenaan.

Pada perkembangan sama, ketika ditanya tentang langkah kerajaan negeri menyelamatkan pengerusan MAPS, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri sedang berbincang dengan pelbagai pihak tentang perkara tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");