Jenayah

‘Selfie’ Tak Kena Tempat

PIACENZA – ITALI. Bukan sahaja tidak menghulurkan bantuan mahupun berasa simpati, malah seorang pemuda tergamak mengambil ‘selfie’ ketika seorang wanita sedang dirawat akibat dilanggar kereta api.

Dalam kejadian 26 Mei lalu di stesen kereta api Piacenza, seorang wanita Kanada mengalami kecederaan parah dan terbaring di tepi landasan akibat pelanggaran.

Ketika pasukan paramedik sedang sibuk merawat mangsa, seorang pemuda muncul dan mengambil ‘selfie’ di tempat kejadian.

Aksi pemuda itu sempat dirakam wartawan akhbar, Giorgio Lambri yang kemudian menulis ‘kita sudah hilang sifat kemanusiaan’

Pihak polis berjaya menahan pemuda itu dan mengarahkannya memadam gambar tersebut sebelum dilepaskan.

Namun foto ‘selfie’ pemuda berkenaan yang terpampang di dada akhbar tempatan Itali telah mengundang kemarahan warga media sosial.

“Manusia semakin menuju kepupusan,” tulis seorang pengguna media sosial lapor BBC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");