Panasnya Hari Ini

Sesiapa Boleh Jumpa PM

GEORGETOWN – Parti Amanah Negara (Amanah) memandang positif pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, baru-baru ini.

Naib Presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tiada halangan untuk mana-mana pihak bertemu dengan perdana menteri baharu dalam usaha membentuk kerajaan baharu dan lebih baik pada masa akan datang.

“Kita mengalu-alukan dengan sesiapa sahaja, termasuk wakil rakyat pembangkang (kalau nak jumpa Mahathir).

“Kita melihat pertemuan ini dalam rangka mahu perjalanan pentadbiran negara yang lebih baik, bukan atas dasar dendam dan kebencian,” katanya, lapor Sinar Online.

Menurutnya, sesiapa saja yang ingin berjumpa dengan Mahathir untuk menjadikan Malaysia lebih baik amat dialu-alukan.

“Atas apa saja urusan mungkin nak minta hak dia mahupun bincang masalah tertentu, sudah pasti kita bersedia.

“Bagi saya, tak ada masalah. Sesiapa pun boleh jumpa perdana menteri. Soal orang nak nilai dulu dia kata apa, biarkan itu soal politik.

“Tetapi sebagai sebuah kerajaan, kami tak mahu campur tangan isu politik dalam konteks apa yang dikatakan adil oleh orang ramai,” katanya.

Pada 4 Jun lalu, Abdul Hadi mengadakan pertemuan dengan pengerusi Pakatan Harapan itu di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Mokhtar dan veteran Pas, Datuk Mustafa Ali.

Ia merupakan pertemuan pertama antara pemimpin politik tersebut selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan PRU14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");