Perak Hari Ini

Sesiapa Ingin Sertai PPBM Perlu Persetujuan Pimpinan Tertinggi

IPOH:Sebarang pemohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Negeri Perak (PPBM) adalah terletak kepada keputusan dan persetujuan pimpinan tertinggi parti itu.

Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata sebarang keputusan akan dirujuk kepada pucuk pimpinan sebelum dimuktamadkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan keluar UMNO oleh Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali hari ini.

Jelas Faizal, PPBM Perak menghargai sokongan yang dizahirkan Dr Azmi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kepadanya namun mengakui tidak pernah berhubung dengan Ahli Parlimen Bagan Serai itu.

“Sokongan itu saya nyatakan rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih tetapi saya mengakui tidak pernah berhubung dengan ahli parlimen Bagan Serai malah tak tahu keputusan dibuatnya itu mungkin keputusan sendiri.

“Saya juga tak pasti dia ingin menyertai parti mana tetapi PPBM Perak sekiranya ada permohonan oleh sesiapa yang ingin memohon menjadi ahli kami akan serahkan kepada pucuk pimpinan,” katanya mengulas kenyataan Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menyerahkan kepada PH Perak untuk menentukan sama ada menerima Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menyertai mereka.

Katanya PPBM sendiri mempunyai satu dasar bahawa segala pemohonan akan ditentukan ahli majlis tertinggi terlebih dahulu.

“Kita akan berbincang namun sekiranya  Presiden PPBM sendiri yang buat keputusan sebegitu baru saya buat keputusan,” katanya.

Melihat senario tersebut katanya telah mencerminkan UMNO tidak lagi relevan setelah apa yang dilihat dan dialaminya sendiri semasa menjadi ahli parti berkenaan.

“Walaupun saya tiada hak komen parti orang lain namun semasa saya disana saya lihat budaya rasuah politik begitu merosakkan dalaman UMNO,” katanya.

Beliau terdahulu hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tambun Berhari Raya bersama Pakatan Harapan di padang Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");