Panasnya Hari Ini

Shahrizat Tak Pertahan Jawatan Ketua Wanita Umno

KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan ketua Wanita Umno pada pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil serius suara lantang rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam Umno, selain memberi peluang kepada muka baharu mengetuai sayap itu.

“Wanita Umno mempunyai ramai pemimpin berpotensi terdiri daripada mereka yang berpengalaman mahupun mereka yang muda dan bertenaga.

“Saya yakin jika mereka diberi peluang untuk memimpin Wanita Umno, mereka akan menjalankan tugas dengan baik, terutamanya untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusannya itu sudah dimaklumkan pada mesyuarat exco sayap itu hari ini.

Shahrizat turut menyeru semua ahli Wanita Umno, terutama di peringkat akar umbi supaya mengekalkan semangat perjuangan selaku tulang belakang dalam parti.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada lebih 1.3 juta ahli Wanita Umno kerana memberinya peluang, kepercayaan dan kesetiaan untuk memimpin pergerakan itu.

“Sokongan dan perpaduan ahli Wanita Umno yang memungkinkan saya menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan.

“Saya ingin memohon ampun dan maaf jika dalam saya menjalankan tugas selaku ketua Wanita Umno, saya terkasar bahasa atau tersilap langkah,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");