Panasnya Hari Ini

Shahrizat Umum Bersara Daripada Politik

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini mengumumkan persaraannya daripada politik selepas memilih tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini.

Shahrizat turut mengesahkan sudah melepaskan semua jawatan dalam parti di peringkat cawangan, bahagian dan pusat.

“Satu perkara dalam politik ialah kita perlu sedar apabila sudah tiba masa untuk kita mengundurkan diri. Sudah tiba masa untuk memberi ruang dan peluang kepada orang baharu yang lebih muda, lebih segar (menerajui Wanita UMNO).

“Saya berada dalam Wanita UMNO, bekerja dengan mereka dan ramai antara mereka yang layak untuk memimpin Wanita UMNO dan saya yakin saya meninggalkan ahli wanita kepada calon yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Shahrizat bagaimanapun menegaskan akan terus setia dan kekal bersama UMNO dan berharap Wanita UMNO akan terus cemerlang dan menjadi tulang belakang parti berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berharap kepemimpinan baharu Wanita UMNO dapat membawa pergerakan itu ke tahap yang lebih tinggi selain memperjuangkan hak wanita di peringkat nasional.

“Saya berharap pada masa hadapan di bawah ketua baharu dapat mengarusperdanakan Wanita UMNO kerana saya melihat walaupun wanita menjadi tulang belakang, wanita itu sendiri tidak menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi,” katanya.

“Sepanjang menjadi Menteri Wanita (dan Pembangunan Keluarga), banyak pencapaian berjaya dilakukan antaranya pindaan Perlembagaan Persekutuan dalam menjaga hak wanita supaya tidak didiskriminasikan. Saya rasa itu adalah legasi terbesar yang pernah kami lakukan,” katanya.

Shahrizat turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau dan kami bangga dengan pencapaiannya. Walaupun berada di pentas politik berbeza, sebagai wanita saya berbangga dengan pencapaiannya dan saya percaya beliau mampu mengemudi Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga dengan baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");