Panasnya Hari Ini

Shamsul Anuar, Nazir Tanding MT UMNO

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BIKUM), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menawarkan diri sekali lagi bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu.

Memetik laporan BH Online, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong dan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), berkata UMNO perlu menyesuaikan diri dengan perubahan.

Beliau berkata, ketika ini UMNO berdepan cabaran besar untuk bangkit semula sebagai sebuah parti bermaruah, berkuasa dan diterima rakyat.

“Jadi, untuk bangkit, UMNO mesti menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Paling utama kepimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat mesti bersatu.

“UMNO mesti berubah dengan imej dan semangat bahru demi agama, bangsa dan negara. Kemudian UMNO mesti menjadi parti yang membela kepentingan ahli, orang Melayu dan Bumiputra serta rakyat keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu, EXCO Pemuda UMNO, Datuk Nazir Akhtar Hussin, turut menawarkan diri bertanding merebut tempat dalam MT UMNO.

Beliau yang belum mencapai usia 40 tahun berkata, jika diberi tempat dalam MT, suara anak muda akan dapat diketengahkan lagi.

“Saya tidak menjanjikan keajaiban dalam membantu memulihkan parti, namun saya menjanjikan kerja keras dan suara lantang generasi muda untuk memastikan parti pemerintah tidak ‘bersultan di mata beraja di hati’.

“Saya percaya pengalaman sebagai EXCO Pemuda dan Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa selama dua penggal akan membolehkan saya menyumbang idea serta tenaga bagi mengukuhkan semula parti terutama daripada perspektif orang muda,” katanya.

Beliau berkata, pencalonannya merebut jawatan MT juga mendapat sokongan daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

“Apabila diminta Khairy supaya saya menjadi antara wakil Pemuda dalam pemilihan MT kali ini, saya terima ia sebagai satu harapan dan amanah besar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");