Berita Hari Ini

Sistem E-bidding Nombor Plat Tangguh 1 Ogos

PUTRAJAYA: Sistem e-bidding siri nombor pendaftaran khas MALAYSIA sempena sambutan Hari Kemerdekaan ditangguhkan ke 1 Ogos hingga 16 Ogos daripada perancangan asal 2 Julai hingga 16 Julai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penangguhan itu dibuat untuk membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguji sistem tersebut selain memastikan tiada isu teknikal berlaku apabila ia dilaksanakan.

“Ini adalah projek perintis yang diharap dapat dijalankan secara efektif selain menambah pendapatan negara,” katanya, sambil menambah sistem e-bidding itu dijangka menarik lebih ramai pembida memandangkan proses itu lebih telus dan mudah lapor Bernama.

Sebelum ini, Loke mengumumkan sistem bidaan nombor pendaftaran melibatkan 10,000 siri tawaran bermula ‘Malaysia 1’ sehingga ‘Malaysia 9999’ akan dibuka kepada awam mulai 2 hingga 16 Julai.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di sini pada Rabu, Loke berkata sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan telah menawarkan perkhidmatan e-bidding pendaftaran khas itu secara percuma sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.

Menurutnya, syarikat berkenaan telah mengemukakan cadangan namun secara prinsip, persetujuan tertakluk kepada Kementerian Kewangan sebelum mengumumkan nama syarikat itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");