Perak Hari Ini

SUKMA PERAK 2018: Kerajaan Negeri Terima Sumbangan Tunai RM823,000

IPOH: Kerajaan Perak telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM823,000 daripada pihak swasta bagi tujuan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 yang bakal dianjurkan pada September ini.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri juga dalam pada itu turut menerima sumbangan dalam bentuk bukan wang tunai seperti barangan dan kelengkapan sukan yang keseluruhannya bernilai lebih RM3.2 juta.

Mewakili kerajaan negeri, dan selaku tuan rumah bagi penganjuran acara tersebut beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang ke arah usaha ini.

“Sama-sama kita meningkatkan sokongan kepada SUKMA  dan perkembangan sukan kita.

“Saya juga galakkan ramai pihak lain yang boleh memberi sumbangan agar dapat kita pastikan Sukan Malaysia yang kita anjurkan ini adalah yang paling meriah,” katanya.

Tambahnya, selain kewangan daripada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan juga telah menyumbang dana sekitar RM230 juta bagi tujuan penganjuran, pengurusan dan pembangunan infrastruktur.

Beliau berkata demikan kepada media ketika ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata pihak-pihak yang telah menyumbang kepada pembangunan sukan negeri, khususnya bagi penganjuran SUKMA Perak 2018 kali ini bakal mendapat beberapa manfaat.

Antaranya, perlepasan cukai, publisti media, serta jemputan ke majlis-majlis khas melibatkan kontinjen SUKMA.

“Selain untuk SUKMA, bantuan kewangan ini juga kita akan salurkan kepada perkembangan terhadap kemudahan, peralatan, keperluan asas pertandingan,  serta logistik yang merangkumi penginapan, pengangkutan dan lain-lain.

“Ini juga dapat membantu kita mendapatkan khidmat jurulatih pakar dalam dan luar negara,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");