Perak Hari Ini

Sultan Perak Hadir Majlis Aidilfitri TNB Perak

IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berangkat menghadiri dan memeriahkan Majlis Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2018 Peringkat Negeri Perak, di sini hari ini.

Turut berangkat sama ke majlis tersebut, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain.

Hadir sama, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan Isteri Dr Nomee Asyikin Mohamed Radzi.

Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Perak Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Raja Abd. Jalil Raja Zaid semasa ucapan berkata penganjuran majlis aidilfitri TNB bagi menye­mai semangat muhibah dalam kala­ngan warga kerjanya, anak-anak yatim dan rakan-rakan korporat.

“Sambutan Aidilfitri dianjurkan kali ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dengan pihak Diraja, kerajaan negeri,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan warga kerja TNB untuk kerjasama dua hala yang sedia terjalin selama ini,” katanya.

TNB katanya sentiasa mendokong pembangunan negara dengan menyediakan perkhidmatan eletrik yang baik kepada negeri ini.

Pada majlis tersebut TNB turut meraikan 40 orang anak yatim, 8 balu dan 12 orang anak yatim kelainan upaya.

Baginda Sultan turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada para penerima sumbangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");