Perak Hari Ini

Sultan Perak Terima Zakat Perniagaan 12 Syarikat

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan 2017 berjumlah RM 14.04 juta yang diserahkan 12 agensi kerajaan dan syarikat swasta di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Penyerahan diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Sektor Korporat, Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pertubuhan belia.

Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan watikah pelantikan anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada EXCO kerajaan negeri, Asmuni Awi dan Orang Besar Jajahan Bagan Datuk Prof Dr Khalid Ismail.

Terdahulu, sebanyak RM3.96 juta telah diserahkan oleh Lembaga Tabung Haji diikuti PLUS Malaysia Berhad (RM3.67 juta), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (RM3 juta) dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (RM1.28 juta).

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Maybank Islamic Berhad (RM648,181), Bank Islam Malaysia Berhad (RM373,249), Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd (RM300,000), RHB Islamic Bank Berhad (RM250,000), Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM223,486), Etiqa Family Takaful Berhad (RM132,000), Aiman Asset Management Sdn Bhd (RM113,000) dan Affin Islamic Bank Berhad (RM100,000).

Baginda kemudian menyerahkan semua cek zakat perniagaan itu kepada Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Nordin.

Baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim kemudian berbuka puasa bersama tetamu dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Dr Nomee Asyikin Mohd Radzi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");