Perak Hari Ini

Supt Ahmad Adnan Ketuai JSPT Negeri Perak

IPOH: Superintenden Ahmad Adnan Basri dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perak yang baharu pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Beliau menggantikan Superintenden Wan Jamil Wan Chik yang bersara pada bulan lalu.

Ahmad Adnan, 48, yang berasal dari Taiping itu telah berkhidmat 24 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelasnya, ini merupakan pertukaran yang keempat dan jawatan terakhirnya sebelum ini ialah sebagai Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur.

“Pada 2012 saya di Melaka, sebagai Ketua Polis Trafik Melaka. Kemudian bertukar ke bahagian trafik Bukit Aman pada 2013. Pada 2016 pula saya bertukar ke Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita, dekat sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata,  Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan telah memberi mandat kepada dirinya supaya memberi  fokus kepada enam kesalahan utama jalan raya.

Ianya seperti, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat serta menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu.

“Untuk Ops Selamat kali ini, kita akan bergerak ke semua IPD yang mana ianya kan memberi fokus kepada enam perkara tersebut, khususnya menjelang musim perayaan ini.

“Selain daripada penguatkuasaan, kita juga akan memberi fokus kepada kelancaran trafik di jalan-jalan lama atau susur keluar lebuh raya,” ujarnya.

Tambahnya, Ops Selamat yang akan berlangsung pada 8 sehingga 22 Jun 2018 itu sebagai langkah mengurangkan kemalangan jalan raya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada tahun lalu, sebanyak 38,581 jumlah kemalangan yang dicatakan di Perak, dan daripada angka itu, 683 melibatkan kemalangan maut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");